HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
babywishbiz@gmail.com SMS: 019-383 2633

Retail & Wholesale

Kami mengalukan pembelian secara RETAIL WHOLESALE untuk barangan utama seperti lampin kain moden, barangan bayi seperti rompers. tight, 3D sock & pelbagai lagi.

CARA ORDER

1. Isi borang pesanan yang disediakan atau email ke babywishbiz@gmail.com

2. Kami akan reply msg anda secepat yang mungkin bersama dengan jumlah sebenar yang perlu di bank in melalui email atau no telefon yang diberikan.

3. Selepas bayaran dibuat, sila isi borang pengesahan bayaran diatas.

4. Barang akan segera dihantar selepas bayaran dilakukan. Sila baca syarat-syarat pembelian dibawah.

Track ur parcel

Please enter ur tracking no:

MUDAH.MY

MUDAH.MY
BARANGAN KEPERLUAN IBU DAN BAYI

SPONSOR

www.jomiklan.my
TEMPAH BLOG NIAGA
chomel-store

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Kenapa Guna Cloth Diapers?

Yalah, kenapa sibuk2 promote guna Cloth Diapers (CD) ni. Guna pampers (bahasa yang selalu digunakan untuk lampin pakai buang) kan lagi senang. Lepas pakai terus buang jer...tak payah susah2 nak basuh....


Memanglah senang makcik-makcik, puan-puan, kakak-kakak, adik-adik...tapi pernah tak kita fikirkan sejenak apa akan jadi 20 tahun akan datang...nak ke duduk dalam timbunan sampah-sarap...sudi ke bertemankan tikus-tikus dan bau-bau busuk tu...Kita dah selalu DIINGATKAN bahawa pampers tersebut hatta 100 tahun pun tak akan lupus kerana bahan-bahannya bahan sintetik iaitu plastik dan kertas amatlah sukar untuk reput apabila ditanam. Jika dibakar pula, ia boleh menyumbang kepada pencemaran asap dan jerebu.

Cuba baca petikan artikel dari Utusan Pengguna (Mac-April 2007)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.
Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.
Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.
Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).
Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebut boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.
Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.
Penggunaan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.


P/S: Salah satu visi atau matlamat kami adalah menggalakkan lebih ramai ibu bapa diluar sana menggunakan lampin kain seperti zaman kita kecil-kecil dulu cuma bezanya lampin kain sekarang lebih trendy dan mudah digunakan...



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

happy shopping :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REGISTERED BUSINESS

REGISTERED BUSINESS
BabyWish Biz (0302929-M)

ITEM SEARCH

Product Category

Syarat Pembelian

1. Serious buyer only

2. First come first serve.

3. All items are new and in good condition unless stated otherwise.

4. Kami tidak bertanggungjawab di atas segala kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika proses penghantaran.

5. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran.

6. Tiada pemulangan, pertukaran, atau sebarang pembatalan order setelah semua bayaran dan pengeposan dibuat

comment

Powered By Blogger

admin blog

admin blog
comment fb